Kerjaya Jeryl Lee

Jeryl Lee mula menunjukkan minat terhadap muzik sejak berusia 10 tahun.[2] Pada tahun 2012, beliau mengambil bahagian dalam Chinese Million Stars edisi kedua dan menjadi satu-satunya penyanyi Malaysia yang dijemput ke stadium.[3]

Pada tahun 2014, beliau menyertai Watercube Singing Contest for Overseas Chinese Teenagers, memenagi pertandingan dan juga sebagai peserta termuda.[4]

Lee menjadi salah seorang peserta China Dream Show musim kelapan pada tahun yang sama, dengan menyanyikan lagu "Brave" oleh Zhang Huimei. Beliau menyatakan impiannya ialah untuk mencari seorang guru muzik di China untuk mengajarnya menyanyi. Zhou Libo mencadangkan penerbit muzik Huang Yi, yang telah mencipta lagu untuk penyanyi terkenal, mencipta lagu untuk beliau. Beliau mendapat 289 undian (300 untuk undian penuh dan 240 merealisasikan impiannya).

Pada 2016, Jeryl mengambil bahagian dalam Sing! China musim pertama, memenangi kejohanan Team Naying, dan menjadi pelajar enam teratas. Beliau menyanyikan lagi "Let it Go"; beliau juga ialah pelajar asing paling popular dalam musim itu.[4]

Beliau mengikat kontrak bersama OnMuse pada November 2016. Album studio pertamanya, SAY.Listen dikeluarkan pada 21 April 2018. Beliau kemudian mengadakan jelajah pertamanya yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.[5][6]

Pada tahun sama, Jeryl Lee telah dipelawa untuk menyanyikan lagu tema "We Are The Ones" untuk Minggu Kebudayaan ASEAN 2018 dan menjadi penyanyi Malaysia pertama yang menjalani penggambaran muzik video di Beijing.

Jeryl berkolaborasi bersama pemain biola, Dennis Lau menerusi lagu bertajuk "I Wanna Be Free", yang dihasilkan berdasarkan personaliti semangat bebas beliau. Ia dikeluarkan pada Jun 2019.[7]

Beliau turut menjayakan konsert jelajah MySista bersama Masya Masyitah yang diadakan pada Oktober dan Disember 2019 di Genting Highlands, Pahang.[8]

Pada 5 Ogos 2020, beliau muncul dengan single, "Respect 1000000" dikeluarkan bagi menghargai sumbangan petugas barisan hadapan memerangi pandemik koronavirus (COVID-19). Jeryl dianugerahkan The BrandLaureate Country e-Branding Awards, kemenangan ini menjadikan beliau, yang hanya berusia 20 tahun, sebagai penyanyi Cina Malaysia pertama untuk menerima anugerah bagi persembahan beliau.[9]